Saturday, 31 August 2024

002 Takrif Akidah

Takrif Akidah

SOALAN 01
Berikan pengertian akidah dari sudut bahasa dan istilah ulama’.

JAWAPAN
Takrif Akidah dari sudut bahasaKalimah Akidah ( العقيدة ) pada bahasa ialah :
[ 1 ] - Ikatan / simpulan الربط,
[ 2 ] - kemantapan
[ 3 ] - kekukuhan, bersangatan kuat,
[ 4 ] - saling bersimpul kuat,
[ 5 ] - saling melekat dan mensabitkan,
[ 6 ] - yakin dan jazam.

Kalimah jama' atau pluralnya ialah 'aqa-id’ / العقائد. Ia berasal dari kalimah al-'Aqd العقد yang berlawanan dengan al-Hill ألحل yang bermaksud merungkai.

Takrif Akidah dari sudut Istilah

Pada istilah 'akidah bermaksud “ perkara-perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, iaitu keimanan kepada Allah dan rukun-rukun iman, jiwa merasai tenang dengannya sehingga menghasilkan keyakinan yang tetap tidak bercampur dengan sebarang syak dan keraguan. Inilah yang dinamakan sebagai iman yang kukuh yang tidak dihadiri sebarang syak dan keraguan.  [ Lihat Perbincangan lanjut di ruangan komen ]

Disediakan oleh;

MOHD RIZUAN BIN ABD RASIP
Guru Usuluddin SMKASR Tahun 2024

3 comments:

  1. -----------------------
    Takrif Akidah oleh Ibnu Taimiyyah
    -----------------------
    Menurut Ibnu Taimiyyah , akidah bermakna “ Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur baur dengan sebarang keraguan.

    ReplyDelete
  2. -----------------------------
    Takrif Akidah oleh Imam Al-Ghazali
    -----------------------------
    Manakala menurut Imam al-Ghazali ialah “ Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin tanpa sebarang syak dan keraguan.

    ReplyDelete
  3. ------------------------------
    Akidah Dalam Al-Quran
    ( Simpulan Tali )
    -------------------------------
    Surah Baqarah Ayat : 265
    --------------------------------
    لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انْفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
    --------------------------------
    Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
    ---------------------------------

    ReplyDelete

Jadual Ujian Sem 1 STPM 2025