SOALAN 01
Berikan pengertian akidah dari sudut bahasa dan istilah ulama’.
JAWAPAN
Takrif Akidah dari sudut bahasaKalimah Akidah ( العقيدة ) pada bahasa ialah :
[ 1 ] - Ikatan / simpulan الربط,
[ 2 ] - kemantapan
[ 3 ] - kekukuhan, bersangatan kuat,
[ 4 ] - saling bersimpul kuat,
[ 5 ] - saling melekat dan mensabitkan,
[ 6 ] - yakin dan jazam.
Disediakan oleh;

MOHD RIZUAN BIN ABD RASIP
Guru Usuluddin SMKASR Tahun 2024
Takrif Akidah dari sudut bahasaKalimah Akidah ( العقيدة ) pada bahasa ialah :
[ 1 ] - Ikatan / simpulan الربط,
[ 2 ] - kemantapan
[ 3 ] - kekukuhan, bersangatan kuat,
[ 4 ] - saling bersimpul kuat,
[ 5 ] - saling melekat dan mensabitkan,
[ 6 ] - yakin dan jazam.
Kalimah jama' atau pluralnya ialah 'aqa-id’ / العقائد. Ia berasal dari kalimah al-'Aqd العقد yang berlawanan dengan al-Hill ألحل yang bermaksud merungkai.
Takrif Akidah dari sudut Istilah
Pada istilah 'akidah bermaksud “ perkara-perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, iaitu keimanan kepada Allah dan rukun-rukun iman, jiwa merasai tenang dengannya sehingga menghasilkan keyakinan yang tetap tidak bercampur dengan sebarang syak dan keraguan. Inilah yang dinamakan sebagai iman yang kukuh yang tidak dihadiri sebarang syak dan keraguan. [ Lihat Perbincangan lanjut di ruangan komen ]
MOHD RIZUAN BIN ABD RASIP
Guru Usuluddin SMKASR Tahun 2024
-----------------------
ReplyDeleteTakrif Akidah oleh Ibnu Taimiyyah
-----------------------
Menurut Ibnu Taimiyyah , akidah bermakna “ Perkara yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang kepadanya, beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur baur dengan sebarang keraguan.
-----------------------------
ReplyDeleteTakrif Akidah oleh Imam Al-Ghazali
-----------------------------
Manakala menurut Imam al-Ghazali ialah “ Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin tanpa sebarang syak dan keraguan.
------------------------------
ReplyDeleteAkidah Dalam Al-Quran
( Simpulan Tali )
-------------------------------
Surah Baqarah Ayat : 265
--------------------------------
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انْفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
--------------------------------
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
---------------------------------