Saturday, 31 August 2024

008 1.2 Al-Din ( الديـــن ) menurut Al-Quran

TOPIK 1 - 1.2  Al-Din (  الديـــن  ) menurut Al-Quran  1.2.1 Takrif al-Din dari segi bahasa dan istilah 1.2.2 Penggunaan perkataan al-Din dalam al-Quran 1.2.3 Takrif al-Din yang benar menurut al-Quran 1.2.4 Islam agama para Nabi & Rasul 1.2.5 Aspek persamaan dan perbezaan antara Nabi & Rasul. 1.2.6 Bukti kenabian & kerasulan  1.2.6.1 Mukjizat: Takrif, syarat dan perbezaannya dengan perkara luar biasa yang lain. 1.2.6.2 Kesatuan dasar dan matlamat yang dibawa oleh Nabi & Rasul  1.2.6.3 Peribadi unggul Nabi & Rasul - HASIL PEMBELAJARAN - (1)- Menjelaskan takrif al-Din (2)- Mengemukakan ayat al-Quran yang mengandungi perkataan al-Din dalam maksud agama yang benar dan salah, contohnya, surah al-Kafirun (109:6) dan surah al-Taubah (9:29) (3)- Menguasai takrif al-Din yang sebenar menurut al-Quran dan menggunakan maklumat itu untuk menolak andaian semua agama sama (4) - Menerangkan semua Nabi Allah membawa agama Islam (5) - Menjelaskan Islam agama yang diturunkan kepada semua manusia (6) - Menjelaskan Islam adalah agama Allah  (7) - Menjelaskan kesempurnaan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW  (8) - Mengemukakan takrif, tugas dan ciri Nabi dan Rasul menurut al-Quran dan al-Sunnah  (9) - Menganalisis persamaan dan perbezaan antara nabi dan rasul  (10) - Mengemukakan takrif & syarat mukjizat  (11) - Membezakan mukjizat dengan perkara luar biasa yang lain. (12)- Menggunakan maklumat di atas untuk menolak perkara luar biasa yang lain selain mukjizat (13) - Menjelaskan kesatuan matlamat dan dasar pengutusan nabi dan rasul serta hubungannya dengan pembuktian kenabian dan kerasulan  (14) - Menjelaskan kesatuan matlamat pengutusan nabi dan rasul (15)- Menjadikan sifat-sifat unggul peribadi nabi dan rasul untuk penghayatan pelajar. [ TAMAT ].

No comments:

Post a Comment

Jadual Ujian Sem 1 STPM 2025