Saturday, 31 August 2024

Usuluddin STPM : Matlamat, Objektif & Kandungan


Kertas 1: 931/1 - Ilmu Tauhid ( 120 Jam )


001 TOPIK 1 - Akidah & Hubungannya dgn Al-Din

TOPIK 1 - Akidah & Hubungannya dgn Al-Din. 1.1 Konsep Akidah 1.1.1 Kefitrahan berakidah 1.1.2 Islam agama fitrah 1.1.3 Keunggulan akidah.  HASIL PEMBELAJARAN : Calon seharusnya dapat : (a) -  mengingat kembali dan menulis semula takrif akidah, ciri akidah, kedudukan akidah dalam Islam (b) - menginterpretasi bergama adalah fitrh manusia dan Islam adalah agama fitrah bagi manusia (c) - membezakan keistimewaan dan keunggulan akidah Islam berbanding dengan agama dan teknologi lain.

002 Takrif Akidah

Takrif Akidah

SOALAN 01
Berikan pengertian akidah dari sudut bahasa dan istilah ulama’.

JAWAPAN
Takrif Akidah dari sudut bahasaKalimah Akidah ( العقيدة ) pada bahasa ialah :
[ 1 ] - Ikatan / simpulan الربط,
[ 2 ] - kemantapan
[ 3 ] - kekukuhan, bersangatan kuat,
[ 4 ] - saling bersimpul kuat,
[ 5 ] - saling melekat dan mensabitkan,
[ 6 ] - yakin dan jazam.

Kalimah jama' atau pluralnya ialah 'aqa-id’ / العقائد. Ia berasal dari kalimah al-'Aqd العقد yang berlawanan dengan al-Hill ألحل yang bermaksud merungkai.

Takrif Akidah dari sudut Istilah

Pada istilah 'akidah bermaksud “ perkara-perkara yang wajib dibenarkan oleh hati, iaitu keimanan kepada Allah dan rukun-rukun iman, jiwa merasai tenang dengannya sehingga menghasilkan keyakinan yang tetap tidak bercampur dengan sebarang syak dan keraguan. Inilah yang dinamakan sebagai iman yang kukuh yang tidak dihadiri sebarang syak dan keraguan.  [ Lihat Perbincangan lanjut di ruangan komen ]

Disediakan oleh;

MOHD RIZUAN BIN ABD RASIP
Guru Usuluddin SMKASR Tahun 2024

003 Ciri-ciri Akidah yang benar dan salah

 Ciri-ciri Akidah yang benar dan salah

004 Kedudukan Akidah dalam Islam

Jadual Ujian Sem 1 STPM 2025